13 Sep 2016

KEK LUMUT CHEESE




Serius sedapppp kek lumut ni...ditambah pulak dengan lapisan cheese, ehemmm berketul-ketul masuk mulut, hehe.

Sebelum ni pernah try buat Kek Lumut, tapi saya bakar dalam oven guna kaedah steambath sebab loyang empatsegi tak muat dalam pengukus. Kali ni pun saya masak kek lumut ni guna kaedah steambath. Alhamdulillah sedap & lembut saja...

Resepi kek lumut kali ni saya ikut resepi dayang jack & lapisan cheesenya pula resepi olahan sendiri.

Kepada yang teringin nak mencuba, bolehlah ikut resepi dibawah k.

Selamat mencuba semua...





Kek Lumut Cheese

Kek:
A
250g pure butter, saya guna tatura
150g gula kaster

B
4 biji telur

C
80g susu pekat
80g serikaya

D
150g horlicks
130g tepung gandum/tepung kek

E
1 sb pandan paste
1 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Panaskan pengukus atau oven (api bawah sahaja) pada suhu 150C. 

3. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. 

4. Masukkan pula C, pukul rata. 

5. Kemudian, masukkan bahan D berselang-seli. Masukkan pula bahan E. Pukul rata.

6. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan. Kukus hingga masak selama 2 jam atau bakar dalam oven guna kaedah steambath selama 1 jam. 


Adunan Cheese:
A
500g cream cheese

B
250g susu pekat

C
2 biji telur
11/2 sk esen vanila

D
2 sb tepung gandum

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut. Masukkan bahan B. Pukul lagi.

2. Masukkan bahan C & pukul rata. Akhir sekali masukkan bahan D, pukul hingga sebati.

3. Keluarkan kek dari pengukus atau oven. Tuang adunan cheese atas kek. Kukus semula atau bakar semula selama 1 jam pada suhu 150C. Bila kek masak biarkan sejuk sepenuhnya dalam loyang. Simpan dalam peti sejuk semalaman baru dipotong.






9 Sep 2016

VERTICAL DEVIL'S FOOD CAKE ala indulgence...




Salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Dari tadi post gambar ni dalam facebook, pasti ramai yang dah terliur kan? hehe. Lambat sikit dapat update resepinya sebab Mr. husband tengah busy guna laptop, saya kena tunggu giliran. Yalah, sebab kitaorang share laptop berdua...siapa guna dulu, yang sorang lagi kena tunggu, hehe. Tapi tak mengapalah sebab saya ni jarang guna, sekadar edit gambar, update blog...itu pun jarang ya amatlah, berhabuk blog saya, kesian...baru saja ni nak lap2 sikit habuk tu, hehe...






Hari tu saya dah try buat Vertical Red Velvet Cake, kali ni buat  Vertical Devil's Food Cake pulak, rajin sungguh saya ber'vertical' kan...haha. Sebenarnya hari tu saya buat devil's food cake ni utk customer, husband terliur pulak so saya buat lagi satu bijik utk makan. Alang2 rajin dah datang, apalagi buat ajelah versi vertical ala2 indulgence gitu...








Sedap ya ampun....dikala semua orang tengah hot dengan 'kek hantu' yang viral tu, saya tetap setia dengan kek hantu yang ini...kihkihkih...kek paling hantu ni...

Lagi sekali saya minta maaf ya semua sebab tak cukup masa nak ambik gambar step by step cara2 nak buat vertical tu, yalah mana nak siapkan tempahan sambil layan my baby..huhu...segalanya harus pantas seperti super sonic...


Oklah semua, mari kita lihat resepinya pula...






Vertical Devil's Food Cake
ala indulgence...


Kek:
A
170g butter, suhu bilik
200g gula kaster
2 sk esen vanila

B
3 biji telur, gred A

C (diayak)
227g tepung superfine
50g serbuk koko
1 1/4 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
1 sk garam

D
1 1/2 cawan buttermilk

E
1/4 cawan mayonnaise

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan B satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang seli. Gaul rata.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata.

5.Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack.


Ganache:
500g dark chocolate, dicincang
400g whip cream
2 sb butter, suhu bilik

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga berbuih pada tepi2 periuk. Matikan api.

2. Tuang krim atas coklat yang dicincang. Biarkan sebentar & gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.

3. Masukkan butter, gaul rata. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek. 


Chocolate mousse:
500g uht whipping cream
100g gula aising
100g ganache

Cara2 membuatnya:
1. Pukul krim & gula aising hingga kembang. 

2. Masukkan ganache & gaul guna handwhisk. Kalau masih cair boleh pukul lagi guna mixer tapi jangan terlebih pukul, cukup sampai krim kembang sahaja.


Cara2 menyusun kek:
1. Ambil kertas, buat bulatan atas kertas ikut saiz loyang yang digunakan. Gunting & lakarkan lagi beberapa bulatan yang semakin kecil saiznya pada kertas itu. Pastikan jarak setiap satunya sama saiz. Saya buat 7 bulatan. Bermakna ada 7 lapisan kek & krim semuanya. Pastikan bulatan yang luar & paling dalam adalah lapisan kek. 

2. Keluarkan kek yang telah sejuk dari loyang. Potong sedikit atasnya supaya rata. Letakkan kertas atas kek. Gunakan kertas yang dilakar tadi sebagai panduan. Potong kek guna pisau mengikut bulatan yang dilakar tadi. Setiap kali satu bulatan selesai dipotong, gunting kertas itu & potong pula ikut bulatan sterusnya. 

3. Seterusnya, keluarkan lapisan kek dalam bulatan yang kedua & paipkan chocolate mousse dalamnya. Keluarkan pula lapisan kek yang keempat & paipkan ganache. Untuk lapisan yang keenam, paipkan semula chocolate mousse.

4. Sapukan keseluruhan kek dengan ganache & hiaskan ikut kreativiti. Sejukkan selama 2 jam sebelum dipotong.







30 Aug 2016

VERTICAL RED VELVET CAKE

 



Resepi kek lagi kita hari ni ya semua..hehe
Kali ni buat red velvet cake versi vertical pulak. Dah bosan yang melintang, kita buat menegak pulak k. 








Super sedap tau kek ni. Sangat moist bila dimakan, lagi2 dengan inti cream cheese frosting yang sungguh ringan & ada masam2 sikit bila dimakan.





Maaf sebab tak sempat nak ambik gambar tutorial membuat kek vertical ni. Boleh search dalam google untuk rujukan, ada ditunjukkan cara2 membuatnya disana k.

Oklah, jom kita lihat resepinya pula. Dan sebelum terlupa, saya nak ucapkan selamat hari merdeka buat semua rakyat malaysia, pasti meriah esok :)






Vertical Red Velvet Cake

Cake:
A
2 1/2 cawan tepung superfine, diayak
2 sb serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk baking soda

B
300g buttermilk
2 1/2 pewarna makanan merah
1 1/2 sk esen vanila

C
1/2 cawan minyak jagung
200g gula kaster
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan dengan sedikit mentega & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan A & ayak. Satukan pula bahan B dalam mangkuk yang lain. Ketepikan.
3. Kemudian, dalam mangkuk pengadun. Satukan bahan C. Pukul hingga agak kembang. 
4. Masukkan bahan A & B berselang seli. Pukul sekejap & gaul guna whisk hingga rata. Jangan terlebih pukul kerana kek akan jadi keras.
5. Tuang adunan dalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah steambath selama 45 minit atau hingga kek masak pada suhu 180C. Sejukkan sepenuhnya dalam loyang.


Cream cheese frosting:
A
600g non dairy whipping cream

B
250g cream cheese
1 1/2 sk esen vanila
50g gula aising, diayak


Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipping cream hingga soft peak. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yang lain. Satukan bahan B & pukul hingga sebati. 
3. Kaup balikkan whipping cream kedalam adunan cheese. Jika frosting agak cair, pukul guna mixer hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk di sapu pada kek.


Cara2 memyusun kek:
1. Ambil kertas, buat bulatan ikut saiz loyang yang digunakan. Gunting & lakarkan lagi beberapa bulatan yang semakin kecil saiznya pada kertas itu. Lagi banyak bulatan lagi banyak lapisan kek. 
2. Keluarkan kek yang telah sejuk dari loyang. Potong sedikit atasnya supaya rata. Letakkan kertas atas kek. Gunakan kertas yang dilakar tadi sebagai panduan untuk memotong kek mengikut bulatan. Pastikan bulatan yang luar & paling dalam adalah lapisan kek. 

3. Seterusnya, keluarkan lapisan kek dalam bulatan yang kedua & paipkan frosting dalamnya. Buat berselang seli hingga habis.

4. Sapukan keseluruhan kek dengan sisa frosting & hiaskan. Sejukkan selama 1 jam sebelum dipotong.





25 Aug 2016

CARAMEL CREAM CHEESE FLAN




Assalam & salam sejahtera buat semua yang berkunjung kesini...

Cuaca terik semenjak dua menjak ni kan...tekak pun rasa macam nak makan yang sejuk2 saja. Kali ni saya buat flan yang dicampur cream cheese pula. walaaa sedapppp.....






Resepi ni saya ambil dari website Yummy...semua resepi flan disitu sangat mengiurkan. Pening nak cuba yang mana satu, ada bermacam-macam versi...tapi yang paling nampak menyelerakan resepi cream cheese flan ni. Alhamdulillah hasilnya sungguh memuaskan. Nanti nak try versi yang lain pula.






Resepi ni agak mudah untuk dibuat, bahan2 pun sangat simple. Inshaallah menjadi...selamat mencuba semua.





CARAMEL CREAM CHEESE FLAN


Caramel:
100g gula kaster

Cara membuatnya:
1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Masak gula hingga keperangan. Ketepikan.


Cream cheese flan:
A
100g susu segar
1 tin susu cair
250g susu pekat
7 biji kuning telur
1 1/2 sk esen vanila

B
4 biji putih telur
100g gula kaster
225g cream cheese

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan2 A dalam mangkuk, gaul rata guna whisk.
2. Dalam blender, satukan bahan B. Blend hingga sebati. Masukkan 2 cawan bahan A yang disatukan kedalam bahan B tadi. blend lagi.
3. Tuang bahan B kedalam bahan A. Gaul rata. 
4. Tuang kedalam loyang yang telah disediakan sambil menapis.
5. Bakar guna kaedah steambath selama 1 jam atau hingga masak. Simpan dalam peti sejuk semalaman baru diterbalikkan & dipotong.






20 Aug 2016

PUMPKIN SWIRL CHEESECAKE SQUARE




Assalam buat semua...

Yuhuu!!!Masih adakah yang berkunjung kesini???Lamanya saya bertapa kan, kesian blog saya ni dah bersarang..lalang pun dah tumbuh panjang.

Syukur alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas didunia ini. Setelah 4 bulan tidak bersiaran, hari ni saya nak kongsi 1 resepi yang saya buat semalam. Yang ter'rajin nak buat ok! hehe.

Resepi Pumpkin Swirl Cheesecake Square yang diadaptasi dari resepi chef Anna Olson. Yes, one of my favourite chef :) 

So, here's d recipe...




PUMPKIN SWIRL CHEESECAKE SQUARE

Crust:
125g tepung gandum, diayak
30g gula perang
80g mentega, sejuk (potong dadu)

Cara2 membuatnya:
1. Satukan tepung & gula. Gaul rata guna whisk.
2. Masukkan butter, ramas guna tangan hingga bersatu.
3. Tekan dalam loyang empatsegi bersaiz 8 inci. Bakar selama 20 minit pada suhu 160C hingga tepinya kuning keemasan. Sejukkan.


Pumpkin cheese filling:
125g cream cheese, suhu bilik
130g gula kastor
225g puri labu
2 sb tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/4 sk cinnamon powder
1 biji telur
1 biji kuning telur

Cara2 membuatnya:
1. Pukul cream cheese & gula hingga lembut. Masukkan puri labu, pukul lagi.
2. Masukkan tepung, baking powder & cinnamon powder. Gaul rata.
3. Akhir sekali, masukkan telur & kuning telur. Gaul rata & ketepikan.


Cheesecake Swirl:
65g cream cheese, suhu bilik
1 1/2 sb gula kastor
1 biji kuning telur
1/2 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Pukul cream cheese & gula guna hand whisk hingga lembut.
2. Masukkan kuning telur & esen vanila. Gaul rata.
3. Tuang inti labu dalam kerak yang disejukkan tadi. Kemudian, masukkan inti cheese menggunakan sudu. Buat bentuk swirl guna chopstick.
4. Bakar selama 30 minit pada suhu 160C. Sejukkan sepenuhnya pada suhu bilik baru disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dipotong.








15 Apr 2016

CHEWY GOOEY BROWNIES




Salam jumaat buat semua...

Ber'brownies pulak kita hari ni. Serius sedappp....Orang lain dah buat beratus kali, siap berniaga lagi, saya pulak baru first time, hehe. Ketinggalan keretapi...tu pun tak cuba buat lagi brownies keduts yang pemes tu, alah kalau malas nak buat beli atau order ajelah kan, hehe.

Memang mudah sangat proses nak buatnya kan. Tak perlu nak mixer bagai, cuma gaul guna handwhisk saja. 






Resepi ni dah lama saya screenshot & simpan dalam handphone. Tuan punya resepi bernama Amirul Syafique...tq sudi berkongsi resepi ini. Saya ubah sikit ikut selera. Saya panjangkan lagi perkongsiannya disini ya...





Chewy Gooey Brownies

Bahan2nya:
A
300g mentega
80g serbuk koko
330g gula perang

B
6 biji telur, dipukul sedikit

C
2 sk esen vanila
100g tepung gandum, diayak

D
350g dark chocolate

E
100g almond flakes, dipanggang

F
Chocolate chips secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang 10x10 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Cairkan mentega dari bahan A dalam microwave atau atas dapur api. Masukkan serbuk koko & gula perang. Gaul rata.

3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Gaul rata. Kemudian masukkan pula bahan C. Gaul hingga sebati sahaja.

4. Cairkan bahan D & masukkan dalam adunan tadi. Kaup balikkan. Akhir sekali masukkan bahan E. Gaul sedikit. 

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Tabur bahan F atasnya. Bakar selama 1 jam pada suhu 150C. Biarkan sejuk baru dipotong.







12 Apr 2016

FRUITY CREAM LAYER CAKE





Assalam & selamat malam buat semua...

Tengah2 malam ni nak tayang kek dulu boleh kan? hehe. Buat penyegar mata yang dah ngantok tu. Rajin datang nak abiskan balance buah mangga, sayang kalau jadi lembik sebab dah masak ranum. Tapi kan terlebih rajin pulak pergi beli buah strawberi & kiwi untuk ditambah dalam kek ni. Dah lama saya tak buat kek ni. Teringin pulak.





Memang saya suka sangat dengan kek ni, sedap & menyegarkan dengan buah-buahan potong dalamnya tu. Saya pernah sharekan resepinya dulu disini & disini. Cuma kali ni saya tambahkan buah strawberi, jadilah namanya fruity :)





Ikutkan hati nak saja makan banyak2 kek ni. Tapi teringat esok ada ujian MGTT diklinik, tak pasal2 gula tinggi nanti, hehe. Sabar jelah, sekarang pun dah kena puasa tak boleh nak makan apa2 sampai esok, huhuhu. 

Well, kepada yang dah terliur tu, bolehlah mencuba sendiri resepi kek ini...Selamat mencuba semua.




Fruity Cream Layer Cake


Kek span vanilla:
A
4 biji kuning telur
40g gula kaster

B
2 sb susu segar
56g minyak jagung

C
1/2 sk esen vanila
80g tepung superfine, diayak
1/2 sk baking powder, diayak

D
4 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 sk cream of tartar 
  
Cara2 membuat kek span:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci, griskan dengan butter & lapikkan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga sebati, warnanya bertukar kuning pucat selama 2 minit.

3. Panaskan bahan B dalam mikrowave selama 20 saat. Masukkan terus kedalam bahan A yang dipukul tadi (langkah 2), gaul guna hand whisk.

4. Kemudian, masukkan pula bahan2 C, gaul lagi hingga sebati.

5. Dalam mangkuk pengadun, pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit & cream of tartar. Pukul hingga pekat & bertanduk.

6. Ambil 1/2 adunan putih telur & kaup balikkan kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 3), gaul sebati. Masukkan lagi baki adunan putih telur, kaup balikkan hingga sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 170C selama 40 - 45 minit.

8. Bila kek masak, sejukkan atas wire rack.


Fruity Mousse Filling:
1 1/2 sk gelatin
3sb air 
400ml whipping cream
70g gula kaster
2 sb esen vanila
Mangga, strawberi & kiwi secukupnya, potong dadu

Cara2 membuat mousse:
1. Satukan gelatin bersama dengan air. Biarkan sebentar hingga kembang. Cairkan guna double boiler atau masukkan dalam microwave selama beberapa saat hingga mencair..

2. Pukul whipping cream bersama gula (alaskan bawahnya dengan semangkuk air sejuk), masukkan vanila & campuran gelatin tadipukul hingga bertanduk.

3. Gaulkan perlahan2 mangga, strawberi & kiwi yang dipotong kiub kedalam aduanan mousse tadi. Ketepikan.


Topping:
250g whipped cream, pukul hingga pekat & bertanduk


Cara2 menyusun kek: 
1. Potong sponge kek tadi kepada 3 lapisan. Letakkan cake ring atas cake board. Letak lapisan kek yang pertama, sapukan filling atasnya, ratakan.

2. Kemudian, letakkan lapisan yang kedua, sapu lagi filling atasnya. Letak pula lapisan yang ketiga diatas sekali, tutup atas cake ring guna plastic wrap, simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam hingga mousse mengeras.

6. Keluarkan kek dari kek ring, sapukan kemas whipped cream keseluruhan kek, hias ikut kreativiti. Sejukkan lagi sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidang.






20 Mar 2016

JEMPUT-JEMPUT CHEESE

 



Salam sejahtera buat semua yang singgah sini...

Pernah dengar tak menu jemput2 cheese, cekodok cheese atau cheese fritters???Hehe...hari ni blurr xtau nak sedia apa untuk breakfast my kids. Pisang tak ada, roti dah abis, biskut dah abis, nak masak mi malasnya tahap gaban...hahaha...so my kids request nak makan jemput2 kosong yang selalu saya buat utk drg. Hmmm tengok dalam peti sejuk ada banyak lagi cheddar cheese, ok anak2 jom try buat jemput2 cheese pulak.






Punyalah tak sabar drg ni, memang excited part parut2 cheese atas jemput2 tu. Nasib baik anak2 dah besar so bolehlah bagi sikit tugas untuk drg. Lagipun drg dah tau my rules, rajin makan kena rajin tolong & bersihkan sekali. Hehehe...

Part paling best, mestilah bab makan kan...alhamdulillah sedapppp!!! Lain kali sure akan masak jemput2 dengan topping cheese ni lagi, laju drg makan. Resepi pun memang sangat mudah. Inshaallah budak2 yang picky eaters pun akan suka. 

Oh ya, nak lagi lembut boleh guna buttermilk. Selamat mencuba semua...





Jemput-jemput cheese

Bahan2nya:
A
250g tepung naik sendiri, diayak
1/4 sk soda bicarbonate, diayak
4 sb gula kastor

B
Buttermilk/Susu segar secukupnya

C
Brown sugar secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali (deep fryer). Guna api sederhana.

2. Satukan bahan A, gaul guna hand whisk. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga adunan jadi seperti adunan pancake/waffle. Tidak telalu pekat atau terlalu cair. Sesuai untuk dicedok guna sudu.

3. Bila minyak sudah panas, masukkan adunan sedikit2 dengan menggunakan sudu. Jangan masukkan terlalu banyak. Adunan akan kembang & terapung. Terbalikkan & biarkan hingga keperang-perangan. Toskan minyak. Buat hingga habis.

4. Susun atas pinggan, taburkan brown sugar & parutan cheese. Hidangkan panas2.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...